Sunday, 12 June 2011

JOM LER TENGOK!!!!: PERHATIAN..!!!

JOM LER TENGOK!!!!: PERHATIAN..!!!: "Sesiapa yang kaki cheezy wedges...suka sangat makan cheezy wedges KFC tu...haa...ni mawar nak btau sekarang x payah nak buang duit pegi KFC ..."

AIRMATAKU TIADA ERTI DI HATIMU



Apa yang mawar nak tulis ni....?
Tak tahu......
Yang mawar tahu sekarang hatiku hancur....
berkecai...
cintaku tiada makna dihatinya
akukah yang bersalah
jika benar katakan apa salahku
akan ku terima seikhlas hati
namun aku tak punya jawapan
pada setiap persoalan
kenapa terjadi sebegitu
sampai hatimu...
Ingin kupergi jauh sejauhnya
namun hatiku terikat...
pada hati2 yang tak berdosa
penyejuk hatiku
deminya kukorbankan perasaan
airmata yang mengalir ini
entah bila akan terhenti
siapalah yang mengerti hatiku saat ini
aku tiada tempat mengadu
senyum...hanya lakonan
menutup tangisan hati...
merintih...
sakit.......
aku....terlalu kecewa di saat ini
lantaran hatinya yang tak seperti hatiku
Anganku musnah sekelip mata
masihkah ada bahagia untukku...?

Friday, 10 June 2011

HARI SEDIH AKU DATANG LAGI....

Hari ini mawar rasa sedih sangat...di sinilah tempat untuk mawar meluahkan seluruh rasa hati..
Sememangnya kebelakangan ini dugaan datang bertimpa-timpa dalam hidup mawar..
dari masalah kepada masalah sampai mawar rasa macam nak pecah kepala...tapi mawar sabar,kuatkan hati kerana mawar masih ingat Allah..dialah yang maha mengetahui kesakitan hati mawar..

Memang menyakitkan apabila orang yang kita sayang,kita hormat selama ini sanggup mengkhianati kita..
Memang manusia sentiasa tidak pernah cukup..itu lumrah..mungkin dia nak tunggu dan nak rasa kehilangan barulah  tahu nak menghargai ketulusan,kejujuran dan kasih sayang kita padanya..membuat mawar tersedar akan kekurangan diri..tidak sesempurna mungkin seperti yang diinginkan...

Sungguh manusia itu mudah lupa...kehidupan yang dibina selama ini mungkin jugak sudah hampir ke garisan penamatnya...dan jika itu ketentuan Ilahi..Mawar redha...

Mawar akui ketika ini mawar amat lemah..jika diikutkan lara hati ingin mawar pergi sejauh mungkin...setelah menyedari diri hanyalah tempat untuk orang2 mengambil kesempatan..kasih mawar bagai tiada makna..apatah lagi airmata yang terlalu murah baginya...memang airmata adalah teman mawar yang setia...

Memang kesabaran itu dituntut..tapi mawar masih belum kuat menghadapi semua ini..hati mawar rasanya telah hancur berdarah setelah dilukai berkali2...setiap kali kemaafan dipinta mawar akan berikan kemaafan itu dengan luhur...mungkin inilah kelemahan mawar..begitu mudah memaafkan..sehinggakan kemaafan itu tiada nilainya untuk sipenerima maaf dan umpama perhiasan bibir semata-mata..

Siapakah mawar sebenarnya dihatinya...itu yang bermain difikiran mawar ketika ini...

Thursday, 9 June 2011

Dysmenorrhea..sakitnya !!!



Aduii laa...nasib baik kebetulan cuti 2 hari..kalau x pergi kerjapun menyusahkan orang je...nak makan panadol pun x elok ambik selalu..sabar..tahan je la..sesetengah orang kata masa anak dara je sakit,bila dah kawin hilang la..x hilang2 jugak,tapi x pe..tunggu..sabar lagi sebab ada lagi orang kata lepas bsalin dia akan hilang...he he tapi Mawar ni dah 3 kali bersalinpun masih Dysmenorrhea lagi..apa nak buat..dugaan..semuanya dari Allah...sungguhnya orang yang sakit itu disayangi Allah..

Kalau diperhatikan..dalam hidup seorang wanita dia jauh lebih banyak menanggung kesakitan jika nak dibandingkan dengan seorang lelaki.Sebab tu kaum lelaki ni sebenarnya lebih manja kalau dalam bab menanggung sakit ni..percaya x..?pompuan ni kalau  nak periodpun sakit,bengkak susu sakit jugak,nak bersalin lagi la sakit,kena jahit lagi la bertambah sakit,difikir-fikir memang Allah itu maha adil jika dia lebih "mendengar" doa seorang wanita dari seorang lelaki..tapi itulah kenyataannya..

Marilah kita hayati betapa beruntungnya kita sebagai seorang wanita..:-

1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.



2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.


3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.


4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.


6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat
pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.


9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.


11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.


12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.


13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.


14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.


15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.


16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.


16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.


17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.


18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.


19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.


20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.


22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.


23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.


24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


** Balik kepada isu Dysmenorrhea(senggugut)tadi..ni ada petua untuk kurangkan sakit..boleh le nak cuba..mawarpun ada amalkan ni jugak..


**Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi, didahulukan dengan selawat.Kalau nak rebus halia teruspun ok jugak..

**Ambil air panas..masukkan dalam botol atau beg yang sesuai..tuam kat perut..lebih kurang mcm bertungku la caranya..Insyaallah akan kurang sikit sakitnya.
p/s : hati2 nanti takut terkena air panas pulak..x pasal-pasal melecur pulak..pastikan botol/beg tidak bocor dan ditutup dengan kemas..

Wednesday, 8 June 2011

3 JEJAKA DI HATIKU...

Inilah  hero-hero yang melekat dihati mawar...he he..my loving husband and my kids...ingat nak tambah ahli lagi ni...InsyaAllah...doa-doakanlah ye..harap2 biar ahli baru nanti sweet girl pulak..Amiiiin...

PERHATIAN..!!!

Sesiapa yang kaki cheezy wedges...suka sangat makan cheezy wedges KFC tu...haa...ni mawar nak btau sekarang x payah nak buang duit pegi KFC hanya kerana mengidamkan wedges tu...
Apa kata cuba try buat sendiri kat rumah...x percaya..???


sekarang...ha ha..anda cuma perlukan ini...inilah cheez powder..
Macamana..?
Kita cuma perlu bancuh powder ni dengan air panas atau air suam..dan hasilnya...nnnyummmmyyy..wedges sauce yang sebijik rasanya macam yg dekat KFC tu tau...jangan x percaya..

Mawar dapat ni dgn harga rm8 sepeket..setiap paket ada 100g...kalau nak cuba bleh la mawar tolong dapatkan...apa salahnya kongsi2...benda baik ni..oh ya..100g sukatannya bancuh dengan 100ml-150mls air.kalau yang baru-baru bancuh tu rasanya memang sedap..so kalau nk rasa yang asli,bancuh la sikit2 ikut keperluan pada masa tu..yang baki boleh simpan ditempat kedap udara..tarikh luput adalah 6 bulan dari hari pack dibuka..kalau buka1.1.11 expired dia 1.6.11..mac 2 lah ceritanya...

kalau nak try boleh contact mawar 019 5554018..sama-sama la kita kongsi ye....

Saturday, 28 May 2011

Tiba-tiba teringat..

Petang tadi mawar pergi hospital(tempat kerja)saja nak tengok roster baru,maklumlah minggu depan dah nak start keja balik..sambil tengok2 ada apa2 perubahan ke kat wad,tidaklah tkejut sangat bila naik keja nanti..buat2 terkejut boleh jugak.ha ha ha..Sambil-sambil tu jugaksempat bawak cheese cream aku..saja la dalam hati niat kalau bawak ni diorang mesti nak beli punya..sampai kat wad tengok staf keja 3 orang je..biasalah hujung minggu..dah 3orang je ada maknanya 3 pack je la yang dijual..ok la tu dari takde apa2..

Sebenarnya ini yang mawar nak cerita..lepas sembahyang Isyak tadi..tiba-tiba mawar teringatkan arwah anak mawar..tanpa disedari airmata keibuanku menitis kesejadah..sesunguhnya umie redha dengan pemergianmu sayang..Al Fatihah buat anak umie...andainya Harraz ada saat ini,lagi 5 hari genaplah usiamu 3 bulan..tapi anak umie tentunya lebih bahagia di syurga sana dan itu tentunya yang terbaik dari segala yang di dunia ini..dunia tempat yang fana penuh dengan liku-liku dugaan untuk ke syurga tempat anak umie berada sekarang..hanya hambaNya yang terpilih saja layak ke sana dan umie bangga kerana Harraz ialah wakil dari zuriat umie dan ayah...Memang semuanya tak pernah terlintas di hati umie akan begini kesudahannya..masih terasa saat anak umie menendang-nendang,bergerak kiri kanan dalam rahim umie...rupanya itu sajalah kenangan kita..

Ya Allah engkau kuatkanlah hatiku untuk teruskan kehidupan ini..tanpa kekuatan dan bimbinganMu ya Allah aku terlalu lemah dan hina..berikanlah aku hidayahMu..permudahkanlah urusan perjalanan hidupku di duniaMu dan juga akhiratMu..Engkau jua yang Maha mengetahui setiap rahsia kejadian..walaupun aku tidak layak untuk ke syurgaMu namun aku tidaklah sanggup untuk menanggung walau bayang-bayang dari nerakaMu..aku takut Ya Allah..